Clairol Herbal Essences Smooth Lovin' hair serum.
Sebagai seorang perempuan, rambut ni kononnya mahkota seorang wanita. Tapi aku jenis tak suka berambut panjang. Yelah pakai tudung, bila panjang tak semak pulak kepala otak aku kan. Hahaha. So lately ni pun aku dah lama sangat tak potong rambut. Maka dengan itu, rambut aku dah panjang sikit. Sikit jelah. Tak boleh ikat. Eh boleh tapi macam setan ah rupanya.
Rambut aku ni sangat frizzy. Aku dah banyak try shampoo lah conditioner lah leave on conditioner lah hair serum lah, and baru-baru ni aku try Clairol Herbal Essences yang kat gambar atas tu.
Sebelum ni aku suka pakai Dove Leave On Conditioner yang kaler biru tu je. Bagi aku, dia punya substance tak kasar macam Sunsilk's and Pantene's. Aku pernah pakai Pantene, jadi keras gila rambut macam setan jugak ah kan. Sunsilk pulak macam tak best langsung. (rambut orang lain-lain ye, ini opinion aku)
Aku pernah jugak try Ginvera White Tea SPA Total Benefits Anti-Frizz Serum, tapi aku tak suka dia punya substance tu. Base dia bukan minyak semata-mata macam Clairol ni. Bila pakai, pastu tidur, besoknya rambut jadi macam puaka. Sebelum aku pakai Ginvera ni, aku pakai Ellips Hair Vitamin. Yang tu pun okay jugak. Yang lecehnya sebab nak kena bukak pulak capsule dia lah apa lah kan. Yelah orang pemalas memang lah takde masa nak bukak capsule lah apa bala kan. Kahkah.
So since aku try pakai Clairol Herbal Essences tu, rambut aku jadi sangat lembut, serius tak tipu. Lembut gila weh. Sebab base dia oil. Kira memang aku rasa macam puas hati gila lah, tidur, pastu bangun pun rambut tak frizzy langsung okay. Like for real. Kalau korang ada masalah rambut frizzy boleh lah try this one. It's worth it. 1 bottle of 75mL, the price is RM21.90 (kat Tesco lah).
Ada satu lagi produk yang kakak aku suka iaitu L'Oreal Elseve hat kaler coklat kuning tu. Haa yang tu pun base dia oil, so memang elok lah untuk rambut. Tapi tengok rambut jugak lah kan. Hehe.
Ada banyak produk hair serum yang elok-elok, tapi pricey ah. 1 botol pun dah dekat RM100 pejadahnya kan. Baik beli yang murah dan berkualiti. LOL. Ala semua serum ni sama je. Yang penting kena carik yang base dia oil lah. Macam Ginvera tu dia base oil jugak, tapi hat tu jenis kena pakai banyak punya. Yang tu tak berapa elok lah kan. Kalau Clarol ni, pakai sikit pun dah mencukupi. Ikut rambut lah kan. Rambut aku pendek. So picit sekali pun dah cukup. Kehkeh.
So, selamat mencuba! ;)
-iffahs
Published on: Jun 29, 2010
Published on: Jun 29, 2010
No comments:
Post a Comment