Search This Blog

Featured Post

Q&A: Which of The Ordinary Serums That Are Suitable For My Skintype? / What Are Your Recommendations?

Assalamualaikum and hello my lovely Pah people So since I have been selling The Ordinary serums, a lot of people ask me which serum...

Monday, April 13, 2015

Review: St. Ives Fresh Skin: Make-up Remover & Facial Cleanser

Blog macam gadis punya style:-



Hi hello there everibadi! Untuk kawan-kawan Muslimin dan Muslimah, Assalamualaikum wbt. ^_^


Setelah sekian lama I berdiam diri, hari ni I nak share dengan you guys pasal make-up remover. Hewhew. Dah lama kan I tak buat review produk kecantikkan kan? Takpe kali ni, I nak share dengan you guys produk from St. Ives ni. Okay mari kita mula~




Before this, I memang tak pernah pakai any make-up remover pun, sebab kalau nak beli Maybelline ke L'Oreal ke macam mahal je. I ni dah lah kedekut mak enon. So sebelum ni I pakai baby oil je. Lepas tu, tah macam mana tah, ada orang bagitau baby oil sebenarnya tak elok untuk buat jadi make-up remover. Sebagai gantian, I pakai pulak baby lotion untuk remove my make-up. Tapi tak berkesan mana. Actually, baby oil pun tak berkesan mana. Dah lah kena kesat-kesat, ishhh sakit tau. Boleh rosak kulit muka I yang licin dan cantik ni.

So ada satu hari tu, I berjalan-jalan lah dekat Tesco. Biasalah makpak kita bawak kan. I ambik apa yang I nak je. Yelah, orang kaya. Pastu I ternampak St. Ives ada jual make-up remover. Selama ni kan St. Ives yang I nampak cuma lotion dengan scrub serta pencuci muka sahaja. Maka dengan itu, I pun terniat nak mencuba benda alah ni. Hewhew

So I pun make-up macam cina opera, pakai eyeliner tebal macam Cleopatra *pfffft*. Lepas tu I pun cuba lah benda alah make-up remover ni. So mula-mula, kita kena lembapkan muka kita dulu eh girls, lepas tu baru apply benda ni. Benda ni tak berbuih pun, dia cam lotion jugak (kot). Lepas tu nanti kita sapulah kat muka kita kan girls, pastu cuci lah. Lepas cuci tu, akan rasa muka macam berminyak sikit sebab make-up remover ni contains chamomile. Chamomile is used for its cleansing and antiseptic power. Okay girls, dia ada power okayyyyy. Pfffft. Chamomile flowers also contain oil, tu yang terasa macam berminyak sikit tu. But after I pakai tu, selalunya I akan cuci muka I macam biasa pakai facial foam bagi hilangkan minyak tu.


My comment on this product: I love it. It's the only make-up remover/cleansing product that actually works untuk hilangkan segala make-up yang degil kat muka I ni. Kalau tonyoh macam mana pun, tak sakit sebab dia punya texture tu tak keras macam facial cleanser lain (kot). Takyah susah-susah nak cuci muka dua kali pakai facial foam, untuk yang tak pakai make-up remover lah kan. So kalau yang kuat pakai make-up tapi tak pakai make-up remover tu boleh lah try produk ni. Tak mahal mana pun, RM16 je. EH 16 ke, ah macam tulah lebih kurang. Alah RM16 tu pun 170g. Kira banyak/besar lah. Kalau beli make-up remover brand lain pun dahlah kecik, mahal lak tu kan.


I search review dia kat google pun macam orang suka jugak this product. Kalau orang yang tak suka tu maybe sebab benda macam oily sikit kot, but overall this product memang excellenteeee!



I bagi: ★★★★
Product Info: CLICK HERE



-iffahs



Published on: Dec 30, 2011

No comments:

Post a Comment